Sunday, October 28, 2012

Balik ke Labuan

Alhamdulillah. Hari ni -Isnin- dah bertolak balik ke Labuan. Cuti dari Khamis 17 Okt hingga hari ni 22 Okt. Tapi macam 3 hari je. Dua hari hilang di perjalanan. Ye lah, naik Airasia. Kena bertolak awal pagi, pukul 4am dah kena bangun. Kena bertolak sebelum jam 5am.

Alhamdulillah. Ada yang menghantar ke LCCT. Siapa lagi kalau bukan isteri yang disayangi. Terima kasih.. :)

Alhamdulillah. Saya dah daftar masuk lebih awal. Jadi, tadi bila sampai lapangan terbang terus sahaja ke balai berlepas.

Satu perkara yang banyak saya lihat, penumpang ke Labuan akan membeli roti Gardenia. Ada yang beli satu bakul. Saya pun termasuk lah yang banyak beli. Biasanya bila ada orang kirim. Kadang2 beli untuk makan sendiri, tapi tak banyak lahh. Roti mana tahan lama.

Alhamdulillah perjalanan hari semua lancar. Dari Sungai Janggut rumah bapa mertua di Daerah Kuala Selangor melalui Meru melalui Lebuhraya di Setia Alam ke LCCT. Memakan masa lebih kurang satu jam. Bertolak 4.47am( +- )tiba di lapangan terbang 5.50am (+-).

Sekarang pesawat dah berlepas. Kebanyakan penumpang sekarang sedang melelapkan mata. Ya lah, seawal pagi lagi dah bertolak ke lapangan terbang.

Peraturan. Manusia, kita kadang kala sukar mengikut peraturan. Tapi kalau membabitkan penerbangan orang yang biasanya suka langgar peraturan, macam mana sekalipun akan cuba patuh. Tiada yang akan lewat dari waktu penerbangan. Mereka tahu kalau lewat, maka akan ketinggalan. Apabila akibat dari perbuatan itu ada di depan mata, baru mereka 'ALERT'. Tapi sepatutnya kita lebih pandang ke depan 10 tahun, 20 tahun... Kehidupan kita ni, bukan lama pun paling lama kalau bernasib baik , mungkin boleh mencecah 100 tahun, mungkinn. Dalam bab agama pun kena macam tu juga -Alert-.

Bagi saya, apa-apa peraturan (dunia) yang ada saya akan patuh selagi ia tidak bertentangan dengan syarak (agama).

Hmmm... Perjalanan masih jauh. Krew Airasia sedang memulakan jualan makanan.  Perut tidak terasa lapar. Tetapi bila ada bau yang menyelerakan, semacam ada godaan terhadap deria rasa. Rasanya kawan2 yang naik Airasia pun rasa begitu kan? Saya tidak order apa-apa pun. Jarang saya beli kalau berjalan sendiri. Kalau bersama keluarga baru saya beli.

Alhamdulillah.